13162195_1113701188651646_211829632_n 13181072_1113701171984981_1104349163_n 13187687_1113701168651648_539663474_n

#missingheli Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bertemu dengan waris dan keluarga mangsa nahas helikopter AS350 di sebuah bilik tertutup di Hotel Hilton.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Waris yang terlibat adalah keluarga kepada mangsa nahas yang belum dijumpai iaitu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai, dan pengawal peribadi, Ahmad Sobri Harun.