13007251_1358202160861628_8538016146445073737_n 13087422_1358202227528288_6467896377785533927_n 13139267_1358202140861630_1061253099047854022_n 13151619_1358202210861623_313401713836527257_n

#‎prnsarawak‬ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa pengundi di Sarawak untuk memilih kerajaan yang kuat serta mempunyai agenda yang jelas selain perancangan pembangunan yang menyeluruh.

Beliau berkata rakyat Sarawak harus mempertimbangkan pilihan mereka sebaik mungkin berdasarkan pengalaman serta sejarah pembangunan yang telah dilaksanakan kerajaan negeri sedia ada.

Tambah beliau, pengundi tidak seharusnya memilih dengan melihat calon itu semata-mata kerana kekuatan mentadbir negeri tidak terletak hanya pada diri individu itu namun sebaliknya terletak pada kekuatan parti secara keseluruhan.

Datuk Seri Najib berkata demikian dalam Program Tinjauan Mesra di Dataran Menara Jam Bandar Saratok, Betong, pagi tadi.

Beliau yang tiba kira-kira jam 9.45 pagi tadi disambut oleh lebih 200 penduduk Bandar Saratok.

Mengiringi beliau calon DUN N.38 Kalaka, Datuk Abdul Wahab Aziz dari PBB dan calon N.39 Krian, Kilat Anak Briak dari SPDP.

Datuk Seri Najib kemudiannya melakukan walkabout di sekitar dataran dan bersarapan bersama-sama dengan penduduk dan pemimpin tempatan di Medan Selera Majlis Daerah Saratok.