Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata Sarawak tidak akan dibenarkan menuntut hak negeri itu, jika Tun Dr Mahathir masih menjadi Perdana Menteri.

Beliau bersyukur era itu telah berakhir dan ia kini berbeza di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kata Tan Sri Adenan, idea mengembalikan beberapa kuasa khas kepada Sarawak, diterima dengan lapang dada oleh Kerajaan Persekutuan.

Tan Sri Adenan turut mengulangi sokongan Sarawak kepada Perdana Menteri.

Katanya selama 6 tahun memimpin negara, Datuk Seri Mohd Najib telah 49 kali berkunjung ke Sarawak dan membawa bantuan dana pembangunan sehingga RM6 billion.

Projek Lebuhraya Pan Borneo juga hadiah Kerajaan Persekutuan kepada negeri itu.

Tan sri adenan berkata demikian ketika menjawab soalan belia yang hadir pada Program Belia Sarawak 2016, di Kuching.