13054563_1268575219836609_19929936_o 13091705_1268575183169946_822288764_o 13105928_1268575136503284_243905794_o 13113219_1268575106503287_2111796055_o 13120340_1268575159836615_1916902631_o

#prnsarawak SERIAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut berkesempatan meluangkan masa berkunjung ke Kampung Tun Razak, Bukit Semuja, Serian.

Ketibaan beliau disambut calon Barisan Nasional, BN, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri DUN N.23, Bukit Semuja, John Anak Ilus serta hampir 1,000 penduduk setempat.

Dalam ucapan beliau, Datuk Seri Najib mengumumkan pembinaan dewan baru menggantikan Dewan Panglima Kalin yang sedia ada.

Beliau meluangkan masa kira-kira satu jam beramah mesra dengan penduduk sekitar.