13077209_1269311223096342_626989728_n 13091693_1269311229763008_2051573243_o 13112638_1269311236429674_1577767346_o 13129102_1269311206429677_1577639667_o

#prnsarawak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membawa khabar gembira kepada penduduk Bandar Lawas Sarawak apabila beliau meluluskan pembinaan lapangan terbang baru Lawas Sarawak dalam Rancangan Malaysia ke-11.

Pengumuman itu dibuat sebentar tadi ketika menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Lawas Sarawak.

Turut hadir, penyandang DUN N.82 Bukit Sari yang menang tanpa bertanding, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan calon N.81 Ba’kelalan Willie Liau.

Mewakili penduduk Lawas, penyandang DUN Bukit Sari, Datuk Awang Tengah Ali Hasan turut menzahirkan ucapan terima kasih khususnya kepada Perdana Menteri di atas keprihatinan beliau kepada rakyat.

Lapangan Terbang Lawas sedia ada sering ditenggelami air apabila banjir.

Selain itu beliau turut berjanji akan terus setia berjuang bersama barisan komponen Barisan Nasional demi untuk kepentingan rakyat.