#prnsarawak PKR menolak keras "pelan damai" yang dicadangkan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke semalam.

Naib Presidennya, Doktor Xavier Jayakumar berkata PKR tidak akan menarik balik pencalonan wakil mereka di Batu Kitang seperti yang diminta DAP.

Menurut Xavier, tawaran pertukaran satu kepada lima kerusi menunjukkan DAP tidak serius di DUN Batu Kitang.

Tambahnya, PKR telah bekerja di DUN Batu Kitang sejak 10 tahun yang lalu.

DAP semalam mencadangkan PKR supaya menarik balik lima calonnya di kawasan bertindih.

Dan DAP akan menarik diri di Batu Kitang.

Batu Kitang menyaksikan pertandingan lima penjuru antara BN, DAP, PKR dan dua calon Bebas.