#prnsarawak Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menegaskan ruang untuk berbincang dengan DAP terbuka sehingga hari terakhir sebelum penamaan calon.

Dalam satu kenyataan, baru berkata, pihaknya telah menyampaikan cadangan - cadangan untuk menyelesaikan isu itu.

Malangnya, PKR tidak mendapat maklum balas DAP sehingga tengah malam semalam.

Keputusan PKR untuk menamakan calon bagi PRN Sarawak ke-11 ujarnya, telah dibuat secara kolektif antara pemimpin pusat dan negeri.

Kerusi yang ditandingi PKR katanya, kawasan yang telah diusahakan bertahun lamanya.