#prnsarawak Selepas proses penamaan calon, semalam, Timbalan Perdana Menteri, terus berada di bumi Sarawak bagi membantu kempen calon Barisan Nasional.

Siang tadi, ada mesej disampaikan beliau kepada pengundi di kerusi DUN Krian di Saratok.

Pilih pemimpin yang boleh membawa pembangunan.

Beliau berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Jawi Landau, Ulu Krian.

Hadir sama calon BN DUN Krian, Kilat Briak dan calon BN DUN Kalaka, Datuk Abdul Wahab Aziz.

Di sini, beliau meluluskan peruntukan RM15.3 juta bagi naik taraf jalan fasa 2 Ulu Kerian.

Jalan sepanjang 10.25 kilometer itu menghubungkan Krian dengan Saratok.