#prnsarawak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menggesa pengundi di Sarawak untuk memilih kerajaan yang kuat serta mempunyai agenda yang jelas selain perancangan pembangunan yang menyeluruh.

Beliau berkata, pengundi perlu membuat pertimbangan berdasarkan pengalaman serta sejarah pembangunan yang telah dilaksanakan kerajaan negeri sedia ada.