#prnsarawak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan peruntukan serta merta berjumlah RM270 juta bagi naik taraf Jalan Balak dan kos tambahan bagi membina Jambatan Long Lama, Miri.

Sementara itu, ketika melancarkan Projek Jiwa Murni menaiktaraf Jalan Skim Rancangan Sepupuk, Bekenu, Datuk Seri Zahid berkata, peruntukan itu akan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan luar bandar.

Projek jalan ini akan memberi manfaat kepada 4,000 penduduk di 14 buah rumah panjang sekitar Niah.

Antaranya, Rumah Daud, Rumah Michael Balo dan Rumah Sebastian Mandang.