#prnsarawak Lima calon PKR yang mengemukakan borang pencalonan di kawasan yang turut ditandingi DAP sebenarnya mendapat mandat daripada kepimpinan parti.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali berkata beliau memberi kuasa kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk menandatangani surat kebenaran calon bertanding berdasarkan mandat diberi Presiden Parti, Datin Seri Doktor Wan Azizah Wan Ismail.

Jelas Datuk Seri Mohamed Azmin, beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu oleh DAP, sebaliknya hanya mengetahui menerusi laporan berita pagi tadi.

Selain Batu Kitang pada penamaan calon hari ini, kerusi Mulu, Murum, Mambong, Simanggong dan Ngemah menyaksikan pertembungan antara calon DAP dan PKR.