#prnsarawak Bekas mufti Perlis Doktor Juanda Jaya yang bertanding atas tiket Barisan Nasional bagi kerusi N.44 Jemoreng, akan ditentang calon Parti Amanah Negara dan calon Bebas.

Doktor Juanda, 44 tahun tiba di Dewan Majlis Daerah Matu kira-kira jam 9.00 pagi.

Beliau diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom serta lebih 500 penyokong parti.

Doktor Juanda akan ditentang oleh calon Amanah, Kiprawi Suhaili dan seorang calon Bebas, Abdullah Saminan.