13062800_1266580136702784_2102849614_o 13064043_1266580073369457_1496682266_o

#prnsarawak Kerusi DUN N.13 Batu Kitang bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini.

Pertembungan itu adalah di antara calon Barisan Nasional, PKR dan DAP bersama dua calon Bebas yang lain.

DAP mencalonkan satu-satunya calon Melayu bagi parti berkenaan iaitu Abdul Aziz Isa yang akan berhadapan dengan rakan sekutu di dalam Pakatan Harapan iaitu Voon Shiak Ni dari PKR.

Manakala BN pula diwakili oleh wakil SUPP, Lo Khere Chiang.

Calon Bebas pula adalah bekas pegawai Jabatan Tanah dan Ukur, Sulaiman Kadir serta seorang ahli perniagaan Datuk Seri Othman Bojeng, 59.