#prnsarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini membidas pakatan pembangkang yang sanggup mengheret SPR dan kerajaan negeri Sarawak ke mahkamah berhubung isu persempadan semula.

Namun selepas kalah dalam proses undang-undang itu, pembangkang gelojoh untuk bertanding di semua 82 kerusi hingga berlaku pertembungan sesama sendiri antara DAP dan PKR.

Kata Ketua Menteri Sarawak itu, ketika kali pertama dibicarakan, pembangkang menang dalam usaha menghalang persempadan semula DUN Sarawak.

Namun selepas rayuan, keputusan mahkamah berpihak kepada SPR dan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Tan Sri Adenan yang berada di Miri pagi tadi, menilai sendiri niat pembangkang yang mencabar BN di 80 kerusi.

Persempadan semula DUN Sarawak menyaksikan 82 kerusi dipertandingkan kali ini berbanding 71 kerusi pada 2011.

BN setakat ini menang dua kerusi tanpa bertanding pada hari penamaan calon, 25 April lalu membabitkan DUN Bukit Sari dan Bukit Kota.