13106005_1268554033172061_636017698_o 13106558_1268554216505376_1559299405_o 13120450_1268554096505388_405547163_o 13120508_1268554086505389_1682291235_o 13120814_1268554249838706_506398067_o 13120879_1268554153172049_1451729593_o

#prnsarawak Samarahan : Perpustakaan Desa akan di transformasikan kepada Laman Ilmu atau singkatannya MyLIKE.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata penjenamaan semula itu akan meningkatkan perkhidmatan Perpustakaan Desa dengan kemudahan ICT terkini.

“Perpustakaan Negara Malaysia telahpun memulakan projek rintis di empat buah Perpustakaan Desa yang terletak di negeri Pahang, Perak, Perlis dan Selangor. InsyaAllah projek ini akan diperluaskan kepada Perpustakaan Desa di seluruh negara secara berfasa”

Beliau berkata demikian ketika melawat Perpustakaan Desa Kg. Semera, Samarahan, Sarawak.

Beliau disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong

Turut hadir calon BN ADUN Sadong Jaya, Ir. Aidel Lariwoo.

Tambahnya peranan dan perkhidmatan Perpustakaan Desa akan terus dipertingkatkan sebagai hub pelancongan ilmu pengetahuan.

Perpustakaan Desa Kg. Semera dibuka pada Oktober tahun lalu.

Di Sarawak terdapat 213 Perpustakaan Desa.