#prnsarawak Tan Sri Adenan sekali lagi, menyeru masyarakat Sarawak supaya terus memberikan mandat kepadanya untuk tempoh lima tahun akan datang.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat Sarawak terus bersatu dalam menentukan masa depan negeri itu ketika Pilihan Raya Negeri 7 Mei ini.

Tegas Tan Sri Adenan banyak lagi perkara yang sedang diperincikan untuk manfaat rakyat negeri itu termasuk menambah bayaran royalti minyak dan gas dan mengembalikan semula kuasa autonomi Sarawak.

Sepanjang dua tahun memegang mandat sebagai Ketua Menteri, sebanyak 53 prinsip atau tindakan telah dilaksanakan beliau.