#prnsarawak Menara komunikasi itu menggunakan teknologi SmallCell (Doppler 5000) dan VSAT terkini bagi perkhidmatan selular dan internet. Ia dikatakan sebagai yang pertama seumpamanya di negara ini.

Salleh berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mahu jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar dapat dikurangkan.

“Beliau dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, kedua-dua mereka mahu isu ini ditangani dalam usaha membawa pembangunan lebih besar di luar bandar,” katanya.

Kerajaan, katanya, akan terus bekerjsama dengan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk membangunkan sistem terbaik yang boleh menembusi dan
menyediakan perkhidmatan di sebahagian besar kawasan terpencil di luar bandar.

“Kita juga meminta SKMM untuk mengenal pasti kawasan pedalaman yang masih tanpa perkhidmatan ini untuk kita memperbaiki situasi itu secara berperingkat,” katanya.

Salleh berharap rakyat Long Urun akan menggunakan perkhidmatan sedia ada untuk berkomunikasi antara satu sama lain serta sebagainya.

Beliau berkata mereka juga boleh melayari secara dalam talian untuk mendapatkan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan agar mereka dapat membezakan
antara kebenaran dengan fitnah yang disebarkan.