#prnsarawak Penduduk di Bumi Kenyalang dinasihatkan tidak menerima bulat-bulat seruan yang berkaitan dengan soal autonomi negeri.

Ini kerana, terdapat pihak yang berkempen secara agresif termasuk menyemai sifat kebencian.

Perkara itu dinyatakan calon BN N16 Muara Tuang, Datuk Idris Buang.

Datuk Idris akan berdepan calon PAS dan Amanah di DUN Muara Tuang yang mempunyai 16,186 pengundi.