#prnsarawak Pergolakan yang mencengkam pembangkang membabitkan DAP dengan PKR.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook hari ini menyifatkan PKR sebagai tidak amanah.

Dakwa Anthony Loke, PKR gagal menunaikan janji mematuhi kajian yang dilakukan bagi menentukan populariti dua parti pembangkang itu di kawasan bertindih.

Malah, beliau turut mendakwa PKR tidak serius dalam Pilihan Raya Negeri kali ini apabila pencalonan calon parti itu bagi kerusi Pantai Damai, Morni Samsudin terbatal kerana muflis,

Manakala calon PKR di Bukit Sari, Alex Lihan tidak hadir pada penamaan calon tanpa sebarang alasan.