#prnsarawak Penamaan calon telahpun selesai, manifesto juga sudahpun dilancarkan, maka bermulalah perang poster di Bumi Kenyalang.

Proses penghantaran dan pengagihan poster, bendera, baju-t serta topi ke ibu pejabat parti-parti komponen bermula sejak tiga minggu lalu.

Barangan sama juga dihantar ke bilik-bilik gerakan di DUN masing masing termasuk 40 kawasan bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, PBB.

Malam semalam juga aktiviti memasang poster, bendera serta kain rentang mula dilakukan.

Antara yang paling awal berbuat demikian adalah BN dan DAP.

80 kerusi dipertandingkan pada PRN Sarawak ke-11 pada 7 Mei ini setelah BN menang tanpa bertanding di Bukit Sari dan Bukit Kota semalam.