13148402_1272006506160147_1615175116_o

#prnsarawak Pengundian di IPD Miri pagi ini melibatkan anggota polis pelbagai pangkat yang mengundi bagi DUN Piasau, Lambir dan Bekenu.

Pusat ini dibuka jam 8.00 pagi dan bagi DUN Lambir dan Bekenu pengundian akan ditutup jam 2.00 petang manakala DUN Piasau akan ditutup jam 5.00 petang.

Bagi DUN Piasau sejumlah 413 anggota disenaraikan untuk mengundi, diikuti 37 Bekenu dan 25 anggota untuk Lambir.

Dan pada pagi tadi calon ketiga-tiga DUN berkenaan hadir untuk memerhati proses pengundian.