Pengundi Sarawak bersifat matang dan tidak mudah terpengaruh dengan gaya kempen pembangkang yang dilihat ketandusan isu bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11.

Menyifatkannya sebagai permainan politik murahan, Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Openg yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, pengundi Sarawak lebih berminat untuk memberi tumpuan kepada usaha pembangunan negeri itu dan gembira terhadap usaha serta komitmen ditunjukkan oleh kedua-dua pentadbiran Kerajaan Pusat dan Negeri.

Usaha melemahkan jentera BN dengan melaga-lagakan pemimpin tertentu selain memutar kembali isu lapuk seperti membawa masuk UMNO ke Bumi Kenyalang, tambahnya tidak membawa kesan kepada pengundi tempatan.

Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan 11 April ini, disusuli pengumuman tarikh penamaan calon dan hari pengundian yang akan diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kelak.

Datuk Seri Abg Johari ditemui selepas majlis tertutup pertemuan jentera pilihanraya PBB Bahagian Kuching di ibupejabat PBB, Jalan Bako siang tadi. Hadir sama Ketua Pemuda PBB, Datuk Seri Fadhillah Yusof dan beberapa ADUN sekitar Kuching.

#prnsarawak

12718030_1338468142835030_5633128599247148784_n