#prnsarawak Datuk Seri Mohd Hashim turut menasihatkan pengundi untuk keluar awal membuang undi Sabtu ini.

Menurut beliau, semua pusat mengundi akan dibuka mulai 8.00 pagi dan akan ditutup berdasarkan lokasi pusat pengundian dan jumlah pengundi.

Jumlah pengundi paling sedikit dicatatkan ialah di rumah TK Barang Lugun, Long Dano di DUN Mulu iaitu 25 orang.

Pusat pengundian di kawasan ini dijangka ditutup pada jam 9.00 pagi.

Manakala kawasan paling jauh direkodkan ialah di SK Long Lamai, Baram iaitu di DUN Mulu dengan 177 pengundi yang dijangka ditutup pada jam 11.30 pagi.