Pangkalan operasi hadapan pertama Sarawak yang diubah suai daripada sebuah platform minyak, mungkin dibina di perairan Bintulu bagi meningkatkan keselamatan bandar pesisir pantai itu yang terkenal dengan industri minyak dan gas.

Pembinaan pangkalan berkenaan akan menggunakan model sama pangkalan hadapan Sabah, yang siap dibina dengan kerjasama syarikat minyak negara, Petronas.