13052465_1265630570131074_903368124_o 13090673_1265630596797738_959755844_o

#prnsarawak KUCHING : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah meninjau bilik operasi Ibu Pejabat SPR Negeri bagi persiapan terakhir proses penamaan calon esok.

Menurut Datuk Seri Mohd Hashim, SPR bersiap sedia dan berpuas hati dengan segala persiapan dibuat anggotanya.

“Harapan kami proses penamaan calon esok berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Saya harap tiada masalah teknikal berlaku. Malah bilik operasi ini akan dibuka selama 24 jam bermula hari ini,” katanya.

Menurut beliau seramai 21,000 petugas SPR telah diletakkan di setiap zon masing-masing.

Tinjauan beliau ke bilik operasi ini diadakan kira-kira 20 minit.