#prnsarawak Pengalaman bekerja dengan Syarikat Minyak Dan Gas Nasional (Petronas) selama 32 tahun akan digunakan sebaik mungkin oleh calon BN bagi kawasan DUN Samalaju, Majang Renggi untuk memastikan pengundi di kawasan itu dapat berkongsi limpahan peluang yang ditawarkan.

Majang, 58 tahun berkata, Taman Perindustrian Samalaju (SIP) menempatkan pelaburan berbilion ringgit serta menawarkan pelbagai peluang perniagaan serta pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Tambah beliau, potensi yang ditawarkan SIP harus direbut masyarakat di kawasan itu dan jika beliau dipilih sebagai ADUN, beliau akan membantu dalam usaha itu.

Samalaju katanya amat penting dan boleh diibaratkan sebagai lubuk emas kerana dalam kawasan tersebut ada syarikat-syarikat gergasi Malaysia dan juga antarabangsa