#prnsarawak Di Sibu, Tan Sri Adenan mengingatkan penduduk terutamanya yang terlibat dengan Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo agar tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Kerajaan negeri didakwa tidak menunaikan janji untuk memberi pampasan kepada mereka yang terlibat.

Beliau terdahulu menyerahkan cek pampasan tanah Projek Lebuh Raya Pan Borneo di Dewan Suarah Sibu.

Bayaran pampasan bernilai RM25.6 juta kepada 783 penerima itu bukti kerajaan negeri menunaikan janjinya.