#prnsarawak Ketika hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 berbaki dua hari, pembangkang dilihat masih gagal mencapai kata sepakat dalam memuktamadkan senarai calon bagi mengelak pertembungan.

Difahamkan lima kerusi masih menjadi rebutan antara PKR,DAP dan Parti Amanah Negara.

Perkara itu diakui Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian sekaligus menolak kenyataan DAP bahawa senarai itu telah dimuktamadkan.