#prnsarawak Ketua Menteri Sarawak, dalam pada itu mengajak pengundi untuk tidak mudah terpedaya dengan manifesto pembangkang.

Sebaliknya menilai kemampuan ia dilaksanakan.

DAP semalam melancarkan manifesto dengan 10 janji kepada penduduk Sarawak.

Untuk rekod DAP hanya bertanding 31 kerusi daripada 82.

Dan persoalan timbul bagaimana ia mampu dilaksanakan walaupun mereka menang semua kerusi, sedangkan majoriti mudah membentuk kerajaan 42 kerusi.