13078145_1268668483160616_426609034_o 13078254_1268668433160621_436278974_o 13105830_1268668459827285_2130356878_o 13120407_1268668499827281_1915588555_o 13120459_1268668429827288_664108976_o 13120869_1268668409827290_806394000_o

#prnsarawak Samarahan : Nilai jualan produk kraftangan penduduk Sadong Jaya tahun lalu meningkat 126% iaitu RM1.1 juta berbanding RM480,000 pada tahun sebelumnya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata produk kraf dapat dieksplotasikan sepenuhnya sebagai produk pelancongan utama di kalangan pelancong tempatan dan luar negara.

Justeru beliau berharap peluang ini digunakan oleh usahawan kraf tempatan untuk menghasilkan produk kraf yang lebih kreatif, inovatif, berkualiti pada harga yang kompetitif dan menepati citarasa pasaran.

Untuk itu beliau mahu usahawan kraf sentiasa bersedia menerima perubahan dan peka terhadap gelagat dan citarasa pengguna serta kehendak pasaran.

Setakat ini terdapat 70 orang usahawan kraf bergiat aktif di kawasan Sadong Jaya.

Dimana 60% adalah dalam bidang hasil rimba, 21% logam, 17% tekstil dan 2% tanah.

Beliau turut menyumbang RM10,000 kepada Jawatankuasa Kebudayaan Sadong Jaya.

Beliau turut melawat Inap Desa Sadong Jaya, yang memperlihatkan budaya kehidupan masyarakat Bugis di negeri itu.