#prnsarawak Datuk Naroden yang juga calon BN DUN Gedong turut mengambil kesempatan meneruskan kempen pilihan raya di kawasan berkenaan yang menjadi tempat kelahirannya.

Beliau ditentang calon Bebas, Uja Bansi dan calon Amanah Rapelson Richard Hamit.

Datuk Naroden sebelum ini adalah ADUN bagi DUN Simunjan sejak tahun 1991.

DUN Gedong adalah DUN baharu.

Terdapat 7,087 pengundi berdaftar di kawasan ini.