#prnsarawak Mesyuarat Mingguan Kabinet yang akan diadakan di Kuching, Sarawak hari ini adalah untuk menyokong kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat berkenaan telah dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.