#prnsarawak Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hadir  di program Sejiwa Senada di Kompleks Sukan Limbang, Sarawak.

Program ini adalah inisiatif berterusan kerajaan bagi mengukuhkan jalinan kerjasama kerajaan dengan rakyat. Tema program tahun ini adalah “Mentransformasikan Luar Bandar”.

Perdana Menteri antara lain menggariskan komitmen untuk meneruskan kerjasama erat kerajaan pusat dan negeri.