#prnsarawak Selepas Presiden Parti Pekerja Sarawak, SWP, mengumumkan keluar parti, parti berkenaan kini memutuskan untuk menjadi parti mesra Barisan Nasional.

Sehubungan itu, 30,000 anggota Parti SWP telah dinasihatkan supaya menyokong semua calon BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, 7 Mei depan.

Setiausaha Agungnya, Munan Laja berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan cawangan-cawangan di seluruh negeri.

Parti itu akan menyokong Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan semua pemimpin BN peringkat persekutuan dan negeri.

Munan bertanggungjawab menjaga SWP sehingga mesyuarat perwakilan tiga tahun sekali akan datang selepas Presidennya,Larry Sng Wei mengumumkan keputusan keluar parti semalam.