WhatsApp-Image-20160506 (2) WhatsApp-Image-20160506 (3) WhatsApp-Image-20160506 (4)

#missingheli KUCHING : Pasukan mencari dan menyelamat, SAR telah menemui beberapa serpihan dipercayai mempunyai kaitan dengan helikopter yang hilang petang semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, antara serpihan yang ditemui termasuk kerusi, dinding dan pintu pesawat dan bilahan kipas.

“Awal pagi tadi pasukan mencari dan menyelamat dah bergerak dan dapat maklumat yang dah diterima pada 9.50 pagi tadi pasukan SAR dah jumpa serpihan heli yang dipercayai berpunca dari heli ini. Saya dah diberitahu kawasan itu Sungai Batang Lupar yang kita tau amat luas dan ini mungkin akan sukarkan operasi yang perlu kita lakukan segera dan segala aset akan digerakkan semaksimum “.

Bagaimanapun nasib 6 penumpang yang hilang masih lagi belum diketahui sehingga kini.

Operasi SAR akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang kesimpulan awal berhubung perkara ini.

Perdana Menteri berkata demikian semasa sidang media khas di Bangunan DCA sebentar tadi.