#missingheli Mayat pertama nahas helikopter di Sarawak ditemui pada jam 12.00 tengah hari di tebing Sungai Batang Lupar.

Sumber Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahkan, mangsa adalah seorang wanita,

Serpihan helikopter pertama dijumpai pada jam 9.05 pagi berhampiran kawasan mangsa ditemui.

50 anggota bomba termasuk 13 penyelam menyertai operasi mencari dan menyelamat.