#prnsarawak Dakwaan sesetengah pihak bahawa masyarakat Penan di Sarawak tidak mendapat pembelaan sewajarnya adalah tidak benar sama sekali.

Perdana Menteri berkata, cara hidup masyarakat Penan kini terbukti jauh berubah seiring dengan arus pemodenan.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Mareng Penan Jambatan Suai, Miri.

Turut hadir calon BN Kemena, Datuk Dr. Stephen Rundi Utom.

Sebagai Perdana Menteri, beliau memberi jaminan semua kaum termasuk golongan minoriti akan mendapat limpahan manfaat secara saksama.

Justeru beliau menyeru masyarakat Penan untuk terus bersama BN bagi memastikan kemajuan dapat terus dinikmati.

Terdapat kira-kira 18,000 masyarakat Penan di Sarawak.