13072043_1267859369908194_401722606_o 13112451_1267859286574869_552910464_o

#prnsarawak Parti Rakyat Bersatu Sarawak, SUPP, hari ini mengumumkan manifesto parti bertemakan ‘Bersatu Untuk Sarawak, Hanya untuk Rakyat Sarawak’ dengan menggariskan 13 ikrar serta aku janji dalam usahanya meraih undi bagi Pilihan Raya Negeri, 7 Mei depan.

Manifesto yang membawa tiga misi utama parti berkenaan dilancarkan Presidennya Datuk Dr Sim Kui Hian dalam satu majlis di Ibu Pejabat SUPP di Kuching sebentar tadi.

Ia telah diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, dan Cina.