#prnsarawak Dengan terbubarnya DUN Sarawak, mandat kembali kepada rakyat negeri itu.

Mengikut Artikel 21 (4) Perlembagaan Negeri, DUN akan bersidang semula dalam tempoh 120 hari bermula hari ini.

Harapan Speaker DUN Sarawak, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar, wakil rakyat yang dipilih kelak berkualiti dan tidak sekadar beretorik selepas menang.

Ketika ini, hanya Barisan Nasional dan PAS yang sudah mengumumkan senarai calon yang akan mewakili mereka pada Pilihan Raya Negeri kelak.

DAP dan PKR masih berteka teki dan masih belum memuktamadkan soal pembahagian kerusi di antara mereka.