#prnsarawak Mempunyai pengalaman luas sebagai guru dan pengetua, Datuk Fatimah Abdullah, mahu meneruskan aspirasinya bagi memperkukuh bidang pendidikan kepada generasi muda.

Penyandang kerusi DUN Dalat ini juga mahu menambah baik infrastruktur di kawasan berkenaan.

ADUN Dalat selama tiga penggal sejak tahun 2001 itu menggerakkan beberapa usaha memantapkan pendidikan generasi muda.

Termasuk membantu pelajar yang cemerlang tetapi kurang berkemampuan dengan mewujudkan "Yayasan Pendidikan Dalat".

Dalat satu daripada tiga kawasan DUN dalam Parlimen Mukah dengan lebih 11,000 pengundi berdaftar.

Datuk Fatimah akan ditentang calon PKR.