Projek Pembangunan Pesat yang sedang dilaksanakan di Sarawak termasuk Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo bukan janji pilihan raya.

Menepis dakwaan pihak tertentu konon-nya projek berkenaan dilaksanakan bagi memancing undi, Timbalan Presiden PBB Datuk Abang Johari Tun Openg mengajak mereka datang melihat sendiri perkembangan pembangunan di bumi kenyalang.