Kuala Lumpur akan mengadakan rundingan dengan kerajaan Brunei untuk memendekkan lagi tempoh perjalanan antara Kuching dan Lawas apabila Lebuhraya Pan Borneo siap kelak.

Tempoh perjalanan yang lama berikutan adanya empat pemeriksaan imigresen dan kastam di sempadan Malaysia dan Brunei.

Iaitu di Sungai Tujuh, Miri dan Kuala Belait, Brunei serta Tedungan, Limbang dan Kuala Lurah, Brunei.