#prnsarawak Jika semalam beliau ke daerah Saratok dan Batang Lupar, hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berada di daerah Sri Aman pula.

Ia bagi membantu kempen pilihan raya calon - calon Barisan Nasional di daerah berkenaan.

Beliau menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Jegai Anak Jawa, di Kampung Purai, Undop.

Hadir sama calon BN bagi DUN Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis.

Menurut beliau, projek seperti Lebuhraya Pan Borneo, bakal mengubah wajah Sri Aman, sekaligus memacu pembangunan.