#prnsarawak Soal kesejahteraan hidup rakyat antara yang menjadi tumpuan pentadbiran Tan Sri Adenan.

Dan pagi tadi, beliau melancarkan Projek Tebingan Sematan dan Pemulihan Muara Sungai Sematan.

Projek bernilai hampir RM15 juta itu antara lain merangkumi pembinaan struktur kawalan pantai, penambakan serta kerja pengindahan lanskap.

Selain dijangka dapat mengatasi masalah hakisan pantai, ia turut menyediakan kawasan riadah serta menjadi tarikan pelancong ke kawasan Sematan.

Pada majlis itu, Tan Sri Adenan turut menyerahkan geran tanah kepada lebih 300 penduduk di 10 buah kampung di Sematan, Lundu.