#prnsarawak LAWAS : Datuk Seri Najib berkata, kawasan itu akan berubah dengan ketara dan pesat apabila Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bernilai RM16 bilion siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun.

Katanya, lebuh raya tanpa tol itu akan menghubungkan Lawas dengan Sabah melalui Sipitang, Beaufort hingga ke Tawau.

Menurut Datuk Seri Najib lagi, lapangan terbang baharu untuk Lawas juga akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 bagi menghargai sokongan padu penduduk Lawas kepada BN.