#missingheli laporan awal siasatan nahas helikopter oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan,

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata siasatan dilakukan bagi mengetahui punca nahas berkenaan.

Pada hari kejadian katanya terdapat empat hingga lima helikopter menggunakan laluan sama dan telah mendarat dengan selamat.

Pihak kementerian juga telah memanggil pasukan penyiasat daripada penyedia perkhidmatan helikopter airbus bagi membantu siasatan.