image

#prnsarawak Lapan buah sekolah di Sarawak akan ditutup Isnin ini kerana dijadikan pusat penamaan calon.

Pengarah SPR Sarawak, Datu Takun Sunggah berkata kesemua sekolah itu sudahpun dimaklumkan mengenainya.

Sekolah berkenaan adalah SMK Tun Abang Haji Openg (Demak Laut), SMK Petra Jaya (Tupong), SMK Semerah Padi (Samariang), SK Merpati Jepang (Satok), SMK Hajah Laila (Asajaya), SJK (C) Thai Kwang (Dudong), SMK Sacred Heart (Pelawan) dan SMK Chung Hua Miri (Piasau).