Tan Sri Adenan Satem, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sarawak optimis bahawa kerajaan BN akan kekal di negeri itu.

Beliau yakin BN Sarawak bakal menerima mandat dengan majoriti yang sangat baik.

Mengenai sokongan pengundi kaum Cina yang dilihat berpihak kepada kerajaan pimpinannya, Tan Sri Adenan berharap mereka akan menterjemahkan sokongan itu kepada undi bagi BN.

#prnsarawak