#prnsarawak Kesalahan mengoyak poster calon dan fitnah antara 6 laporan yang diterima polis Sarawak dalam tempoh 24 jam semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Sarawak, ACP Mohd Haris Daud bagaimanapun berkata, hanya dua kertas siasatan dibuka oleh pihaknya.

Dua kertas siasatan berkenaan berkaitan dengan kesalahan dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat membabitkan kes mengoyakkan poster calon Barisan Nasional di Baram, Marudi.

Manakala satu lagi kes membabitkan kesalahan fitnah dan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan

Pada hari pertama kempen, sebanyak 6 laporan polis diterima.

Dalam pada itu, sehingga jam 11.30 pagi tadi, 97 lagi permohonan permit untuk mengadakan ceramah diterima.