#prnsarawak Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mula menghantar kertas undi dan dakwat ke 41 Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi proses Pilihan Raya Negeri itu pada 7 Mei.

Penghantaran itu menggunakan perkhidmatan helikopter membabitkan tiga zon utama iaitu Miri, Sibu dan Sri Aman.

Beliau yang membuat pemeriksaan bahan pengundian itu berkata kerja-kerja percetakan telah mula dijalankan sejak 25 April lalu.

Manakala bagi DUN N.1 sehingga N.37 bahan sama akan diambil terus oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya dari loji percetakan.

Ditanya mengenai pengundian awal esok, ia bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Lebih 24,000 pengundi awal membabitkan polis, tentera dan pasangan akan memilih wakil rakyat mereka, esok di 79 pusat pengundian.